Sunday, October 31, 2010

Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/2011 adalah mengenai "Gendang 24 Musim: Ji Qie" dan "Tarian Singa".  Seperti biasa, Encik Amran akan menerangkan objektif kuliah terlebih dahulu yang mana ia mengenai sejarah dan pengenalan, alat muzik dan gaya persembahan, konsep 24 Ji Qie serta Ji Qie di Malaysia.  Seterusnya, Encik Amran telah menunjukkan beberapa video yang berkaitan dengan Gendang 24 Musim: Ji Qie ini.  Gendang 24 Musim: Ji Qie ini adalah berasaskan kepada satu musim pertanian di negara China yang mana nama musim tersebut ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina.  Ensembel ini bukan sahaja dipersembahkan ketika perayaan besar kaum Cina sahaja malah, ensembel ini turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.  Gendang yang digunakan adalah gendang shigu iaitu dram tarian singa dan ada juga yang menggunakan gendang longgu.  Di Malaysia, ia dikenali dengan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan "Dance No.9" yang menggunakan 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 Ji Qie. 



Pada kuliah yang terakhir (Minggu 14), Encik Amran telah menerangkan mengenai Tarian Singa, menekankan tentang pembentangan kumpulan, refleksi yang telah dibuat dari awal kuliah hingga akhir kuliah dan sesi perbincangan.  Pada kuliah yang terakhir ini juga para pelajar SMP2252 perlu membuat 'Jurnal Refleksi Keseluruhan' yang mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diperolehi dari awal kuliah hingga akhir kuliah.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amran yang sudi menghulurkan ilmu dan melayan karenah para pelajar SMP2252 kumpulan A dan B.  Selain itu, terima kasih juga kepada rakan seperjuangan terutamanya dari kos Muzik yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami yang mengambil kos Pengajian Malaysia.  Saya rasa masa bersama-sama dengan Encik Amran dan juga rakan-rakan adalah terlalu sekejap.  Hal ini kerana kita sudah berada di penghujung Semester I sesi 2010/2011 dan akan menempuh peperiksaan akhir selepas menyambut Hari Raya Aidiladha.  Jurnal refleksi pada kali ini adalah mengenai pandangan serta pendapat keseluruhan mengenai kandungan subjek SMP2252 dan juga penggunaan blog sama ada individu dan kumpulan.  Sepanjang sesi kuliah dan juga perbincangan melalui blog, banyak perkara baru yang saya perolehi sepanjang 14 minggu menghadiri kuliah Muzik Tradisional Malaysia di samping kelas-kelas ganti yang tidak jemu Encik Amran adakan.  Kuliah Muzik Tradisional Malaysia ini yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara online iaitu penggunaan blog dan juga facebook antara Encik Amran dan juga pelajar-pelajarnya merupakan satu pendekatan baru yang dikaji oleh beliau.

Pada pandangan saya, pendekatan yang digunakan oleh beliau ini amat menarik dan juga memberi efektif kepada pelajar-pelajarnya.  Jujur saya katakan di sini bahawa saya tiada pengalaman dan tidak pandai menggunakan dan membangunkan blog.  Berkat tunjuk ajar dari Encik Amran dalam membangunkan blog individu terutamanya telah memberi saya kesempatan dan peluang mempelajarinya melalui kuliah Muzik Tradisional Malaysia ini.  Walaupun saya lambat mengikuti kuliah ini tetapi dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh pensyarah dan sokongan serta bantuan dari rakan-rakan, akhirnya saya dapat membangunkan blog individu saya ini.  Alhamdulillah, walaupun pada awalnya amat sukar untuk saya mengikuti pendekatan baru ini kerana lambat mendaftar subjek ini, akhirnya dapat juga saya tempuhi dengan jayanya.

Pada mulanya, memang sukar untuk saya untuk membuat jurnal refleksi di akhir kuliah kerana ketinggalan sedikit dari rakan-rakan serta bidang ini bukan bidang saya.  Tetapi, dengan adanya video, gambar dan juga slide yang disediakan oleh pensyarah, saya dapat menghasilkan jurnal refleksi ini di samping muncul minat terhadap muzik tradisional.  Sebelum ini saya hanya mendengar dan mengkaji mengenai muzik 'Dondang Sayang' sahaja.  Walau bagaimanapun, setelah saya mengikuti kuliah ini di samping dengan penerangan dari pensyarah, hati saya tertarik dengan muzik tradisional kita terutamanya setelah mendengar permainan caklempong yang dimainkan oleh rakan sekuliah dan juga merasai bermain kompang.  Selain itu, dengan mengikuti kuliah ini, saya juga dapat mengenali jenis-jenis muzik tradisional kita seperti zikir, makyung, kompang, caklempong, ghazal, boria, menora, gamelan, nobat, kuda kepang, keroncong, wayang kulit, dondang sayang dan sebagainya.  Di samping itu, dengan mengikuti kuliah ini, saya juga dapat mengetahui asal usul serta sejarah kedatangan muzik-muzik tersebut ke Malaysia serta penggunaan dan klasifikasi peralatan yang digunakan di samping struktur muzik, kostum dan cara persembahannya.  

Pendekatan baru yang digunakan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi untuk menjana fikiran di samping membuat jurnal refleksi yang menggunakan kemahiran kreatif dan kritis untuk menhgasilkannya.  Pendekatan baru ini juga merupakan satu pendedahan yang penting dalam melahirkan rakyat yang celik IT kerana selain pelajar mengikuti kuliah seperti biasa, pelajar juga harus peka dengan ujian-ujian yang dijalankan di blog utama pensyarah di samping interaksi sesama rakan sekuliah di dalam blog sama ada di blog pensyarah, blog individu dan blog kumpulan serta di facebook.  Maka, dengan pendekatan baru ini, pensyarah dapat memantau perkembangan pelajar-pelajarnya di samping membantu menyelesaikan masalah hanya dengan berinteraksi melalui blog dan facebook.

Sebagai kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan baru ini iaitu penggunaan blog atau melalui online amatlah menarik dan perlu diteruskan.  Selain itu, subjek-subjek lain juga boleh menggunakan pendekatan ini kerana pensyarah-pensyarah dapat memantau dan berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya hanya dengan berinteraksi secara maya.  Justeru, pendekatan baru ini perlu diteruskan dan semoga berjaya kepada Encik Amran dan juga rakan-rakan seperjuangan yang akan berjuang di medan peperiksaan pada bulan November ini.  Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya kata-kata saya ada yang menyinggung hati sesiapa sahaja dan halalkan segala ilmu yang dicurahkan oelh Encik Amran serta rakan-rakan seperjuangan sepanjang saya mengikuti kuliah Muzik Tradisional Malaysia ini.

Sekian, terima kasih dan sambutlah salam sayang dan kemesraan dari saya Nur Farhana Binti Ibrahim.  Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat berjuang di medan peperiksaan hingga ke tinta terakhir.  Semoga apa yang telah kita pelajari semasa sesi kuliah Muzik Tradisional Malaysia dengan pensyarah yang sempoi iaitu Encik Amran akan dapat diteruskan dan diparktikkan.  Semoga persahabatan yang terjalin antara kita berpanjangan.  Amin..........



Arigatoo Gozaimasu....Gracias....Thank You....Terima Kasih Encik Amran dan rakan-rakan SMP2252....All the best to you....
Teruskan Membaca...

Sunday, October 17, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Kuliah pada minggu ke-12 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi dan Muzik di Sabah dan Sarawak.  Pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi merupakan pembentangan kali kedua.  Hal ini kerana pada pembentangan kali pertama, kumpulan ini tidak membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi dari Malaysia tetapi sebaliknya dari Indonesia.  Para pembentang kali ini menunjukkan prestasi yang baik dan pembentangan yang dipersembahkan amat menarik dengan info-info yang sebelum ini tidak saya ketahui.  Usaha para pembentang ketika menjalankan kerja lapangan mereka perlu dipuji kerana walaupun tidak banyak bahan yang boleh ditunjukkan kepada rakan-rakan tetapi mereka tetap berusaha dengan sebaik-baiknya untuk memcari dan memberi info-info mengenai Muzik Opera Cina & Po Te Hi.  Walau bagaimanapun, penerangan mengenai Po Te Hi perlu ditambah lagi kerana Po Te Hi ini amat menarik sekali.  Maka, info-info mengenai Po Te Hi ini perlu diperjelas dengan terperinci lagi kerana ia amat menarik dan unik.  Walau bagaimanapun, penggunaan dialek bagi setiap para pembentang terutamanya dialek Kelantan harus diperbaiki agar rakan-rakan yang lain dapat memahami apa yang ingin disampaikan.  Kesimpulannya, persembahan pembentangan dari kumpulan ini amat menarik dan maklumat-maklumat yang disampaikan mendapat maklum balas yang baik dari rakan-rakan walaupun kekurangan bahan.


Seterusnya, pembentangan diteruskan dengan kumpulan yang membentangkan mengenai Muzik di Sabah dan Sarawak.  Para Pembentang telah menunjukkan video-video mengenai tarian-tarian yang terdapat di sabah dan Sarawak.  Pembentangan yang dilakukan hanya memfokuskan kepada tarian-tarian yang popular di Sabah dan Sarawak sahaja.  Hal ini kerana tarian-tarian di kedua-dua negeri tersebut terlalu banyak mengikut tempat dan juga daerah.  Walau bagaimanapun, para pembentang perlu menyelitkan banyak info mengenai tarian yang terdapat di Sabah dan Sarawak.  Hal ini kerana info-info yang dibentangkan perlu ditambah dan diperjelaskan lagi.


Sekiranya kedua-dua kumpulan ada membuat demonstrasi, pembentangan dari kedua-dua kumpulan pasti menarik.  Walau apa pun, tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana telah berjaya membentangkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Amran.  Maka, berakhirlah sesi pembentangan dari pelajar-pelajar SMP2252 kuliah hari Isnin.  Terima kasih diucapkan kepada Encik Amran kerana telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar hari Isnin untuk membentangkan tajuk-tajuk yang telah diamanahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan juga tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Teruskan Membaca...

Friday, October 8, 2010

Minggu 11 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Kuliah pada minggu ke-11 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Ghazal.  Pembentangan pada kali ini adalah kali ke-2 dari kumpulan ini.  Hal ini kerana pada pembentangan kali pertama maklumat-maklumat yang dibentangkan tidak begitu banyak.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan ghazal ini kerana telah melakukan pembentangan pada kali ini dengan jayanya.


Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang, alhamdulillah, maklumat yang ingin mereka sampaikan telah berjaya mendapat respon dari rakan-rakan seperjuangan. 


Sebelum sesi pembentangan berakhir, kumpulan ini telah dikunjungi oleh satu rombongan dari SMK Malim, Melaka.  Sesi soal jawab juga turut dibuka kepada adik-adik serta guru-guru pengiring dari SMK Malim, Melaka.  Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan ghazal ini kerana telah berjaya membuat satu pembentangan yang menarik serta berjaya menarik perhatian adik-adik dari sekolah berkenaan.
Teruskan Membaca...

Sunday, October 3, 2010

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Kuliah pada minggu ke-10 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik dan Orkestra Klasik India dan Muzik Orang Asli.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membuat pembentangan dan pembentang-pembentang pada minggu ini.



Kumpulan pembentang pertama pada minggu ini adalah mengenai Muzik dan Orkestra Klasik India.  Apa yang dibentangkan oleh pembentang-pembentang dari kumpulan ini sedikit sebanyak telah memberi input-input yang saya tidak tahu sebelum ini.  Walau bagaimanapun, di harap pembentang-pembentang dapat memberi kupasan dan ulasan dengan lebih terperinci.


Seterusnya, pembentangan diteruskan dengan Muzik Orang Asli.  Di harap pembentang-pembentang dapat menambahkan lagi info-info mengenai Muzik Orang Asli agar pemahaman saya tentang muzik orang asli ini dapat dipertingkatkan lagi.  Selain itu, pembentang-pembentang juga boleh membuat persembahan sewang di akhir pembentangan.
 

Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang, saya berharap pembentang-pembentang dapat menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai tajuk yang dibentangkan beserta dengan info-info yang terkini agar maklumat yang diperolehi dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan lain yang berlainan jurusan pengajian.  Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan Muzik dan Orkestra Klasik India dan juga dari kumpulan Muzik Orang Asli.
Teruskan Membaca...

Thursday, September 23, 2010

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kuliah pada minggu ke-9 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Ghazal dan Opera Cina.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin" kepada Encik Amran serta kawan-kawan seperjuangan.  Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membuat pembentangan dan pembentang-pembentang pada minggu ini.

Kumpulan pembentang pertama pada minggu ini adalah mengenai Ghazal.  Ghazal berasal dari Timur Tengah iaitu dari Parsi yang mana ia berkisar tentang puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik.  Terdapat dua jenis ghazal iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti.  Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang mana ia amat popular di daerah Muar dan Batu Pahat.  Manakala bagi Ghazal Parti pula ia popular di Pantai Barat Semenanjung.  Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti harmonium, tabla, gambus, gitar, tamborin, marakas dan violin.  Manakala bagi struktur nyanyian ghazal ia terdiri daripada 'masuk lagu', 'patah lagu' dan 'mengalun lagu'.

Manakala bagi pembentangan kedua pula adalah mengenai Opera Cina.  Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu.  Opera Cina ini adalah persembahan dari kaum Cina. 

Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang termasuk pembentang dari kumpulan Ghazal dan juga Opera Cina, saya dapat membezakan perbezaan antara Ghazal  Johor dengan Ghazal Parti.  Hal ini kerana Ghazal Johor lebih berentak perlahan dan Ghazal Parti pula lebih berentak rancak serta mempunyai seorang penari dan mempunyai adegan jenaka dalam persembahan tersebut.  Pada pandangan saya, pembentang-pembentang pada minggu ini perlu memperbaiki pembentangan mereka terutamanya pembentang-pembentang dari kumpulan Opera Cina kerana info-info yang dibentangkan oleh mereka tidak berkisarkan kepada Opera Cina di Malaysia.  Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan Ghazal dan juga dari kumpulan Opera Cina.
Teruskan Membaca...

Sunday, September 5, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Kuliah pada minggu ke-8 merupakan pembentangan dari kumpulan saya.  Kumpulan saya membentangkan mengenai boria yang mana ia amat popular di negeri utara Malaysia iaitu di negeri Pulau Pinang.  Persembahan boria mempuunyai dua segmen yang terdiri daripada lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian.  Pada satu masa dahulu, masyarakat minoriti syiah di Pulau Pinang telah memperkenalkan boria yang mana ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri Pulau Pinang.

Kewujudan boria adalah disebabkan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a.  Kaum Syiah telah mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus untuk memperingati kematian Saidina Hussein r.a. yang penuh tragik yang mana upacara itu dikenali sebagai takziya.  Justeru, berdasarkan peristiwa ini, seorang penyair akan mendendangkan syair-syair yang mengisahkan Saidina Hussein r.a. yang dikepung musuh serta bekalan air dan makanan telah disekat untuk melemahkan Saidina Hussein r.a.  Seterusnya, apabila dendangan syair itu ttelah sampai ke episod Saidina Hussein r.a., pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah.  Perbuatan yang dilakukan oleh Kaum Syiah ini dianggap sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a. menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian.   Di akhir acara pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a.

Dari masa ke semasa, acara tahunan ini telah mengalami perubahan yang mana syair-syair yang didendangkan tidak lagi berkaitan dengan pembunuhan Saidina Hussein r.a.  Perkataan boria ini diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'.   Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a. di Karbala.

Elemen penting dalam pasukan boria ialah pelakon, ahli muzik, kelasi dan tukang karang.  Tukang karang memainkan peranan penting dalam kumpulan ini kerana tukang karang adalah nadi penggerak bagi persembahan kumpulan tersebut.  Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria hanyalah gendang dan violin.   Apa yang penting ialah keupayaan para pemuzik berkenaan membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.  Selain gendang dan violin, alat muzik seperti gambus, marwas, tabla, simbal, akordian, harmonika dan lain-lain turut digunakan dalam persembahan boria ini.  Pertunjukan boria pada masa kini telah mengalami banyak perubahan kerana faktor masa dan kesan daripada pertandingan boria yang diadakan secara meluas.  Perubahan yang banyak berlaku adalah dari segi pakaian yang mana pakaian pada masa kini lebih seragam berbanding dahulu serta rentak persembahannya juga turut berubah mengikut peredaran masa.  



Semoga terhibur dengan video ini....







Teruskan Membaca...

Sunday, August 29, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Minggu ketujuh merupakan minggu pembentangan bagi pelajar SMP2252 hari Isnin dan Rabu yang telah diamanahkan oleh Encik Amran untuk membentang tajuk-tajuk yang telah dipilih oleh setiap kumpulan.  Kumpulan pertama yang memulakan pembentangan ialah kumpulan yang membentangkan tentang Sejarah Muzik Tradisional Malaysia.  Manakala kumpulan yang kedua pula membentangkan tajuk tentang Zikir.

Pembentangan dari kumpulan pertama ini meliputi tiga aspek asas dari penghuraian sejarah iaitu pengaruh dari China, India dan Timur Tengah, pengaruh Barat, pengaruh dari sudut Dunia Melayu lama seperti Thailand dan Indonesia.  Ketiga-tiga asas pengaruh berkenaan dapat dilihat bagaimana kumpulan berkenaan membawa masuk muzik serta alatan muzik sehingga melahirkan aset tersendiri terhadap alat-alat muzik di Malaysia.  Alat muzik yang dikatakan tertua ialah alat muzik jenis tiup yang mana ia dikenali sebagai seruling.  Alat seruling berkenaan dikatakan diperbuat daripada tulang-tulang binatang yang mempunyai beberapa lubang jari.  Alat seruling ini ditemui dalam golongan 'Homo Sapiens' yang mana mereka juga mempunyai idea dalam muzik.

Pengaruh-pengaruh yang datang dari China, India, Timur Tengah, Barat serta Kepulauan Melayu lama dalam Muzik Tradisional Malaysia adalah melalui perhubungan perdagangan yang berlaku pada masa tersebut.  Selain faktor perdagangan, faktor tolakan dan tarikan juga wujud menyebabkan kebanyakan orang Cina datang ke Tanah Melayu yang menyebabkan unsur-unsur budaya dari China meresap masuk ke dalam budaya Melayu.  Manakala pengaruh Islam pula dapat dilihat semenjak kurun ke-13 yang mana pedagang dari Arab dan India telah berdagang dengan kerajaan Seriwijaya.  Pengaruh-pengaruh yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang berkenaan bukan sahaja dalam persembahan malah turut melibatkan alat-alat muzik yang digunakan sehingga kini.  Pengaruh dari Barat pula ialah dengan memperkenalkan budaya mereka dalam tarian dan muzik serta alat-alat muziknya seperti piano, trompet, seksafon dan sebagainya.

Pembentangan dari kumpulan kedua ini meliputi pengertian dan sejarah zikir, pengaruh zikir, upacara melibatkan zikir, perbezaan antara zikir, berzanji dan selawat, zikir dari aspek muzik vokal dan instrumental solo.  Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati.  Manakala dari segi istilah pula zikir bermaksud mengingati Allah S.W.T. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti ucapan perbuatan atau dengan hati.  Zikir terdiri daripada dua iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani.  Zikir Qalbi ialah berzikir dengan hati manakala zikir Lisani pula adalah zikir yang dilakukan dengan lidah dan perbuatan bagi mengingati Allah S.W.T.  Sekitar abad ke-7 masihi, perkembangan ziikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Islam dari China dan Timur Tengah.

Zikir merupakan satu budaya yang digalakkan di dalam agama Islam untuk mencapai kedamaian dan kebahagiaan dalam kehidupan.  Pengaruh zikir dikatakan mempunyai kaitan dengan tarikat yang mana tarikat ini mempunyai cara zikir dan wirid yang berlainan tetapi semunya mempunyai atau mengandungi kalimah-kalimah yang mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.  Amalan zikir ini tidak semestinya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti selepas solat tetapi ia juga diamalkan dalam upacara-upacara tertentu seperti dalam majlis tahlil, sambutan kemerdekaan dan sebagainya.

Perbezaan antara zikir, berzanji dan selawat ialah zikir dari segi bahasa bermaksud mengingati dan dari segi istilah pula bermaksud mengingati Allah menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.  Berzanji pula merupakan sajak yang dicipta untuk mengingati dan mengagungkan kebesaran Nabi Muhammad S.A.W. dan ia sering kali dideklamasikan pada hari-hari tertentu seperti pada hari kelahiran baginda dan selepas solat.  Manakala selawat pula ialah ucapan atau kata-kata pujian kepada Nabi dan rasul dan ia biasanya dilakukan semasa solat dan boleh juga dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada semasa berjalan, berbaring atau duduk.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    13 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    13 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    13 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    13 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    13 years ago

BLOG PELAJAR KUMP. B

BLOG PELAJAR KUMP. C

SMP2252 FARHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template