Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kuliah pada minggu ke-10 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik dan Orkestra Klasik India dan Muzik Orang Asli. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membuat pembentangan dan pembentang-pembentang pada minggu ini.
Kumpulan pembentang pertama pada minggu ini adalah mengenai Muzik dan Orkestra Klasik India. Apa yang dibentangkan oleh pembentang-pembentang dari kumpulan ini sedikit sebanyak telah memberi input-input yang saya tidak tahu sebelum ini. Walau bagaimanapun, di harap pembentang-pembentang dapat memberi kupasan dan ulasan dengan lebih terperinci.
Seterusnya, pembentangan diteruskan dengan Muzik Orang Asli. Di harap pembentang-pembentang dapat menambahkan lagi info-info mengenai Muzik Orang Asli agar pemahaman saya tentang muzik orang asli ini dapat dipertingkatkan lagi. Selain itu, pembentang-pembentang juga boleh membuat persembahan sewang di akhir pembentangan.
Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang, saya berharap pembentang-pembentang dapat menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai tajuk yang dibentangkan beserta dengan info-info yang terkini agar maklumat yang diperolehi dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan lain yang berlainan jurusan pengajian. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan Muzik dan Orkestra Klasik India dan juga dari kumpulan Muzik Orang Asli.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Saya sangat tertarik dengan tajuk Muzik Orang Asli. Ini kerana, rakan sebilik saya adalah orang asli dan saya sering mendengar info tentang muzik mereka melalui rakan sebilik saya itu. Adalah satu perkara yang menarik jika saya berpeluang untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang muzik orang asli pada masa akan datang.
Post a Comment