Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kuliah pada minggu ke-9 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Ghazal dan Opera Cina. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin" kepada Encik Amran serta kawan-kawan seperjuangan. Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membuat pembentangan dan pembentang-pembentang pada minggu ini.
Kumpulan pembentang pertama pada minggu ini adalah mengenai Ghazal. Ghazal berasal dari Timur Tengah iaitu dari Parsi yang mana ia berkisar tentang puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Terdapat dua jenis ghazal iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang mana ia amat popular di daerah Muar dan Batu Pahat. Manakala bagi Ghazal Parti pula ia popular di Pantai Barat Semenanjung. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti harmonium, tabla, gambus, gitar, tamborin, marakas dan violin. Manakala bagi struktur nyanyian ghazal ia terdiri daripada 'masuk lagu', 'patah lagu' dan 'mengalun lagu'.
Manakala bagi pembentangan kedua pula adalah mengenai Opera Cina. Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera Cina ini adalah persembahan dari kaum Cina.
Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang termasuk pembentang dari kumpulan Ghazal dan juga Opera Cina, saya dapat membezakan perbezaan antara Ghazal Johor dengan Ghazal Parti. Hal ini kerana Ghazal Johor lebih berentak perlahan dan Ghazal Parti pula lebih berentak rancak serta mempunyai seorang penari dan mempunyai adegan jenaka dalam persembahan tersebut. Pada pandangan saya, pembentang-pembentang pada minggu ini perlu memperbaiki pembentangan mereka terutamanya pembentang-pembentang dari kumpulan Opera Cina kerana info-info yang dibentangkan oleh mereka tidak berkisarkan kepada Opera Cina di Malaysia. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan Ghazal dan juga dari kumpulan Opera Cina.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment