Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kuliah pada minggu ke-12 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi dan Muzik di Sabah dan Sarawak. Pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi merupakan pembentangan kali kedua. Hal ini kerana pada pembentangan kali pertama, kumpulan ini tidak membentangkan tentang Muzik Opera Cina & Po Te Hi dari Malaysia tetapi sebaliknya dari Indonesia. Para pembentang kali ini menunjukkan prestasi yang baik dan pembentangan yang dipersembahkan amat menarik dengan info-info yang sebelum ini tidak saya ketahui. Usaha para pembentang ketika menjalankan kerja lapangan mereka perlu dipuji kerana walaupun tidak banyak bahan yang boleh ditunjukkan kepada rakan-rakan tetapi mereka tetap berusaha dengan sebaik-baiknya untuk memcari dan memberi info-info mengenai Muzik Opera Cina & Po Te Hi. Walau bagaimanapun, penerangan mengenai Po Te Hi perlu ditambah lagi kerana Po Te Hi ini amat menarik sekali. Maka, info-info mengenai Po Te Hi ini perlu diperjelas dengan terperinci lagi kerana ia amat menarik dan unik. Walau bagaimanapun, penggunaan dialek bagi setiap para pembentang terutamanya dialek Kelantan harus diperbaiki agar rakan-rakan yang lain dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Kesimpulannya, persembahan pembentangan dari kumpulan ini amat menarik dan maklumat-maklumat yang disampaikan mendapat maklum balas yang baik dari rakan-rakan walaupun kekurangan bahan.
Seterusnya, pembentangan diteruskan dengan kumpulan yang membentangkan mengenai Muzik di Sabah dan Sarawak. Para Pembentang telah menunjukkan video-video mengenai tarian-tarian yang terdapat di sabah dan Sarawak. Pembentangan yang dilakukan hanya memfokuskan kepada tarian-tarian yang popular di Sabah dan Sarawak sahaja. Hal ini kerana tarian-tarian di kedua-dua negeri tersebut terlalu banyak mengikut tempat dan juga daerah. Walau bagaimanapun, para pembentang perlu menyelitkan banyak info mengenai tarian yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana info-info yang dibentangkan perlu ditambah dan diperjelaskan lagi.
Sekiranya kedua-dua kumpulan ada membuat demonstrasi, pembentangan dari kedua-dua kumpulan pasti menarik. Walau apa pun, tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana telah berjaya membentangkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Amran. Maka, berakhirlah sesi pembentangan dari pelajar-pelajar SMP2252 kuliah hari Isnin. Terima kasih diucapkan kepada Encik Amran kerana telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar hari Isnin untuk membentangkan tajuk-tajuk yang telah diamanahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan juga tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Saya bersetuju dengan anda tentang muzik tradisional Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, terdapat banyak lagi muzik tradisional Sabah yang boleh dikongsi bersama dalam subjek ini. Muzik yang mengiringi tarian tradisional di Sabah hanya sedikit berbanding alat muzik 'solo' yang lain. Sekiranya pembentang tajuk ini meminta saya untuk membuat sedikit demo tentang muzik di Sabah, saya tidak keberatan untuk melakukannya dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun, ulasan yang menarik daripada anda.
Post a Comment