Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kuliah pada minggu ke-11 diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang membentangkan tentang Ghazal. Pembentangan pada kali ini adalah kali ke-2 dari kumpulan ini. Hal ini kerana pada pembentangan kali pertama maklumat-maklumat yang dibentangkan tidak begitu banyak. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan ghazal ini kerana telah melakukan pembentangan pada kali ini dengan jayanya.
Berdasarkan pembentangan pada kali ini, setelah mendengar penerangan dari semua pembentang, alhamdulillah, maklumat yang ingin mereka sampaikan telah berjaya mendapat respon dari rakan-rakan seperjuangan.
Sebelum sesi pembentangan berakhir, kumpulan ini telah dikunjungi oleh satu rombongan dari SMK Malim, Melaka. Sesi soal jawab juga turut dibuka kepada adik-adik serta guru-guru pengiring dari SMK Malim, Melaka. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pembentang-pembentang dari kumpulan ghazal ini kerana telah berjaya membuat satu pembentangan yang menarik serta berjaya menarik perhatian adik-adik dari sekolah berkenaan.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Kupasan yang menarik. Malangnya, saya tidak berpeluang memasuki kelas jadual hari Isnin. Anyway, tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Ghazal kerana berjaya membuat pembentangan yang menarik.
Post a Comment