Sunday, August 22, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kuliah pada minggu ini adalah mengenai makyung dan kompang yang mana seperti biasa Encik Amran akan mempertontonkan sedutan-sedutan video mengenai kuliah pada kali ini.  Seterusnya, Encik Amran menjelaskan tentang sejarah, persembahan dan alat muzik, melodi, bentuk dan irama makyung.  Makyung dikategorikan sebagai bentuk Seni Lakon yang mana ia sama seperti menora, mekmulung dan jikey.  Makyung merupakan satu tarian Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya.  Ia merupakan satu kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling.  Makyung lahir di Istana Melayu Patani kira-kira 400 tahun yang lampau dan ia mula tersebar sehingga ke Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia.  Semasa pemerintahan Sultan Mohamad ke IV kira-kira 200 tahun dahulu, makyung ini telah tersebar ke negeri Kelantan dan seterusnya ke negeri Kedah.  Walaubagaimanapun, makyung di negeri Kedah tidaklah terlalu dikenali seperti makyung di negeri Kelantan.  Pelakon-pelakonnya terdiri daripada perempuan yang mengambil alih semua peranan lelaki kecuali watak-watak komedi atau 'peran'.  Makyung merupakan hiburan bagi permaisuri dan puteri-puteri raja.  Oleh kerana bimbang sekiranya mereka ini jatuh hati kepada pelakon-pelakon makyung semasa ketiadaan raja atau pembesar-pembesar, maka pelakonnya hanya terdiri daripada perempuan sahaja.  Dari mana asalnya perkataan makyung atau erti sebenar perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana besar kemungkinan ia berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh, dan mak inang atau roh ibu yang juga roh padi.

Selain itu, makyung juga dikatakan untuk tujuan ritual dan persembahan.  Bagi tujuan ritual ia dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit, persembahan sebagai sembah guru dan aras panggung adalah sama dengan aras tanah.  Manakala untuk tujuan persembahan pula lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah, beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung, pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai yang mana ia dikenali sebagai Theater In The Round.  Muzik ialah unsur yang sangat penting dalam makyung.  Antara fungsinya ialah bunyi alunan muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan makyung akan bermula.  Muzik juga digunakan untuk membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan di setiap adegan.  Selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus (jong dondang).  Muzik juga digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian serta ia digunakan untuk menandakan permulaan dan penamatan adegan-adegan keluar dan masuk watak juga diiringi oleh muzik (terutama bunyian gendang) yang diselitkan antara dialog-dialog.

Alat muzik yang utama dalam makyung ialah rebab, tetawak dan gendang.  Selain itu, serunai, geduk dan canai adalah merupakan alat muzik tambahan dalam makyung.  Mengadap rebab adalah lagu pembuka pentas bagi persembahan makyung ini.  Sistem gongan dalam makyung menggunakan 8 bit, 16 bit dan 32 bit.  Irama dalam makyung ialah 'pak, duh, cak dan ting'.




Rebab


tarian mengadap rebab








Seterusnya ialah mengenai sejarah, alat muzik, tempo dan rentak kompang.  Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.  Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan pada abad ke-13, pedagang Arab telah membawa masuk muzik ini ke Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melaka.  Ia juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir.  Manakala di Indonesia ia dipanggil terbang atau rebana.  Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.  Kulit kompang ini biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina.  Untuk menegangkan permukaan kompang, seurat rotan akan diselitkan di bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu.  Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutupi dengan kepingan kulit pada sebelah permukaannya.  Semakin kecil bentuk kompang itu maka, semakin nyaring bunyi yang terhasil.  Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Untuk membezakan bunyi yang terhasil ialah cara bukaan tapak tangan yang mana bunyi 'bung' diperolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup atau dirapatkan.  Manakala bunyi 'pak' pula diperolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.  Adab dalam permainan kompang ialah dari segi pakaiannya yang amat dititikberatkan, tidak boleh menelentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompaang ke lantai.  Fungsi kompang ialah ia dimainkan mengikut iramanya yang sendiri ketika mengarak pengantin atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi.  Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensembel (nasyid atau marhaban), mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Al-Quran, menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong, caklempong pacik dan gamelan.  Ia juga digunakan untuk merangsang atau menaik semangat pasukan yang bertanding serta dalam pertandingan.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif seperti kompang formasi.  Paluan tradisi adalah paluan yang memukul kompang sambil menyanyi taupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik.  Manakala paluan moden pula ialah paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.  Untuk menghasilkan bunyi yang menarik dan sedap didengar, tiga paluan telah digabungkan iaitu melalu, menyilang dan meningkah.  Antara jenis permainan kompang ialah kompang Hadrah (negeri Perak), kompang Johor atau Jawa, kompang Eizhar (negeri Selangor) dan kompang Kelalang (negeri Melaka) dan yang terbaru ialah kompang formasi.


proses membuat kompang




Antara kompang selawat dan kompang formasi:










Sebelum kuliah berakhir, kami telah diberi peluang untuk merasai bagaimana kompang dimainkan dengan dibantu oleh Encik Amran dan rakan-rakan sekuliah dari kos muzik.  Peluang merasai bermain kompang bersama rakan-rakan sekuliah merupakan pengalaman pertama saya yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.  Kalau boleh rasa macam nak main lagi ja.  Apa-apapun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Amran kerana telah memberi peluang dan membenarkan saya merasai bagaimana bermain kompang dan ia merupakan memori yang indah sekali.  Kepada rakan-rakan sekuliah, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana membina memori yang indah ini bersama-sama. 






Semoga terhibur......

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP. B

BLOG PELAJAR KUMP. C

SMP2252 FARHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template