Sunday, August 15, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kuliah pada kali ini adalah mengenai muzik gamelan dan caklempong.  Seperti biasa Encik Amran akan mempertontonkan video terlebih dahulu sebelum memulakan sesi P&P.  Terlebih dahulu Encik Amran menjelaskan mengenai muzik gamelan berdasarkan kepada sejarah dan jenis-jenis, alat muzik serta sistem tonal, melodi, bentuk dan struktur.  Seterusnya, Encik Amran menjelaskan pula mengenai muzik caklempong berdasarkan kepada sejarah, alat muzik serta sistem tonal, melodi, bentuk dan irama.

Gamelan adalah berasal daripada bahasa jawa yang mana gamel adalah bermaksud tabuh atau pukul.  Terdapat dua jenis gamelan iaitu gamelan Melayu dan gamelan Jawa.  Selain itu, gamelan Melayu ini turut dikenali sebagai gamelan Terengganu yang mana ia lebih dikenali sebagai joget gamelan.  Gamelan Melayu wujud melalui ikatan perkahwinan antara keluarga Raja Riau dengan Bendahara dari negeri Pahang pada awal abad ke-18 yang bermula di Istana Riau Lingga.  Identiti muzik gamelan Melayu dan Jawa telah dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning instrumentasi dan melodi pada awal abad ke-20 yang mana pada ketika itu muzik gamelan ini telah di bawa masuk ke Istana Terengganu.

Gamelan Jawa ini berasal daripada Pulau Jawa Tengah yang mana ia dibawa oleh orang-orang Jawa yang ketika itu berlakunya penjajahan Eropah.  Sebagai contoh, gamelan Jawa sering dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan.  Tarian, wayang kulit serta kuda kepang turut mengiringi persembahan dengan iringan gamelan Jawa.

Perbezaan antara gamelan Jawa dengan gamelan Melayu ini adalah melalui penggunaan alat muziknya.  Walaupun alat-alat yang digunakan adalah sama tetapi terdapat beberapa perbezaan antara alat-alat muzik tersebut.  Perbandingan gamelan Jawa dengan gamelan Melayu ialah penggunaan bonang barong yang mana dalam gamelan Jawa ia dimainkan pada detik kedua dan keempat manakala dalam gamelan Melayu pula ia dimainkan pada detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra mipil dan gembiang.  Alat-alat muzik gamelan ini diperbuat daripada perunggu dan kayu serta dari besi dan buluh.  Alat-alat ini mempunyai larasan yang tetap atau fixed tuning.


Manakala bagi muzik caklempong pula ia berasal daripada Minangkabau dan ia terdapat di daerah Lenggeng, Jelebu, Kuala Pilah di Negeri Sembilan.  Antara alat-alat muzik yang digunakan ialah bonang, gereteh, tingkah, sauwa atau saua, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai.  Muzik ini mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, perkahwinan dan keramaian serta terdapat juga dalam drama tarian randai.

Di akhir sesi kuliah, kami diberi peluang untuk menonton demonstrasi yang dipersembahkan oleh pelajar muzik serta melihat dan mencuba menggunakan alat-alat muzik tersebut.  Hal ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila melihat sendiri persembahan tersebut walaupun sekejap sahaja. Terima kasih kawan-kawan.


0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP. B

BLOG PELAJAR KUMP. C

SMP2252 FARHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template