Sunday, August 8, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Amran kerana setiap minggu pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari semakin menarik. Kuliah pada kali ini adalah berkaitan dengan wayang kulit yang mana wayang kulit ini terkenal di negeri Kedah dan juga Kelantan. Kuliah pada minggu ini adalah berkisarkan kepada jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit.

Persembahan wayang kulit ini merupakan persembahan yang berasaskan kepada permainan bayang yang mana ia dimainkan dengan menggunakan pancaran cahaya yang disempurnakan dengan suara tok dalang serta iringan muzik. Menurut Boon Jong Fook (2007), wayang kulit adalah seni kepandaian manusia yang sememangnya tersebar luar ke merata tempat melintasi benua dunia. Hal ini kerana wayang kulit sudah mencapai tahap globalisasi yang lebih awal dari internet. Selain di Negeri China dan India, ia juga boleh ditemui di tempat-tempat lain seperti di Jepun, Turki, Rusia, England dan Perancis serta di rantau Asia Tenggara seperti di Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Burma.

Terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu wayang kulit Jawa atau Purwa, wayang kulit gedek, wayang kulit Melayu dan wayang kulit Kelantan. Wayang kulit Jawa atau Purwa ini disampaikan dalam bahasa Jawa dengan diselitkan bahasa Melayu tempatan. Wayang kulit Jawa atau Purwa ini boleh didapati di bahagian selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang mana ia popular di negeri Johor. Manakala wayang kulit gedek pula disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu tempatan. Wayang kulit gedek ini dipercayai mempunyai pengaruh Nang Talung dari Thai Selatan. Wayang kulit gedek ini popular di negeri Kedah dan Perlis. Manakala wayang kulit Melayu pula, ia disampaikan dalam bahasa Melayu dan dipercayai mempunyai pengaruh Jawa. Wayang kulit ini popular di negeri-negeri Pantai Timur. Seterusnya ialah wayang kulit Kelantan yang mana ia disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Wayang kulit ini dipercayai mempunyai pengaruh Pattani di Selatan Thai dan ia popular di negeri Kelantan.

Alat-alat muzik yang mengiringi permainan wayang kulit Jawa atau Purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro. Antaranya ialah gong agong – 1 buah, gong suwukan – 1 buah, kempul – 5 biji, gender – 1 atau 2 set, slentem – 1 set, saron demung – 1 set, saron barung – 1 set, saron penerus – 1 set, gambang – 1 set, bonang – 2 set (barung dan penerus), rebab – 1 batang dan gendang – 3 biji (gede, wayangan dan ketipung).  Alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit gedek ialah serunai – 1 batang (kalau di negeri Kedah, serunai yang digunakan ialah jenis serunai tempatan), geduk – 1 buah (Klong that), gedombak – 2 buah (Thon), canang – 2 biji dan kesi kecil – 1 pasang (Cing).  Alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit Melayu ialah gong - 2 buah (setaraf dengan bunyi kempul dalam gamelan Jawa), canang - 6 biji (disebut juga sebagai kelenangan), mong – 1 biji, kesi – 3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah), gendang – 2 biji (ibu dan anak) dan rebab – 1 batang (bertali dua).  Alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit Kelantan ialah tetawak (gong) - 2 biji (ibu dan anak), canang - 1 pasang (ibu dan anak), kesi - 2 pasang (penahan dan pengincah), gedang - 2 biji (ibu dan anak), geduk - 2 biji (ibu dan anak), gedombak - 2 biji (peningkah dan pembawa), mong - 1 biji (sebagai alat tambahan sahaja, walaubagaimanapun ia mustahak juga jika dikehendaki memainkan lagu-lagu tertentu), serunai - 2 batang (serunai besar dan serunai nyanyi) dan pemetek - 1 buah (alat ini digunakan sebagai mengganti suara perintah dalang dan sebagai alat bantu kesan bunyi.










Perbezaan antara wayang kulit ialah dari segi bentuk patung dan juga alat-alat muzik yang digunakan dalam permainan wayang kulit tersebut. Dari segi bentuk patung, wayang kulit Jawa atau Purwa ia dipengaruhi dari Jawa, kedua-dua sendi bergerak, kedudukan mengiring dan mengekalkan ciri asal perpakaian. Manakala bentuk patung bagi wayang kulit gedek ialah ia dipengaruhi dari Siam, satu sendi sahaja bergerak, kedudukannya menghadap dan mengekalkan ciri asal perpakaian. Bagi bentuk patung wayang kulit Melayu ialah ia dipengaruhi dari Jawa, kedua-dua sendi bergerak, kedudukan mengiring dan mengekalkan ciri asal perpakaian. Seterusnya, bentuk patung bagi wayang kulit Kelantan ialah ia dipengaruhi dari Siam, satu sendi sahaja bergerak, kedudukan mengiring dan mengekalkan ciri asal perpakaian. Perbezaan dari segi alat muziknya pula ialah wayang kulit Jawa atau Purwa ini menggunakan set gamelan Jawa, wayang kulit gedek menggunakan serunai, geduk, gedombak, canang, kesi kecil dan cing, wayang kulit Melayu menggunakan gong, canang, mong, kesi, gendang dan rebab serta wayang kulit Kelantan pula menggunakan tetawak (gong), canang, kesi, gedang, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek.
























Semoga anda terhibur dengan video wayang kulit ini....


Wayang kulit Kelantan :








Wayang kulit Gedek :






Wayang kulit animasi :


2 comments:

Marlin on August 10, 2010 at 8:42 AM said...

Refleksi yang menarik! Sekiranya saya mendapat peluang, saya ingin belajar dan mengkaji tentang wayang kulit ini dengan lebih jauh lagi.. teruskan usaha..

SMP2252 FarHana on August 11, 2010 at 2:23 AM said...

terima kasih marlin....memang menarik wayang kulit ini....

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    13 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    13 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    13 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    13 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    13 years ago

BLOG PELAJAR KUMP. B

BLOG PELAJAR KUMP. C

SMP2252 FARHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template