Saturday, July 31, 2010

Minggu 2 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amran kerana sudi membuat kuliah ganti kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar bagi subjek SMP2252 ini. Pembelajaran pada minggu kedua adalah sangat menarik walaupun saya mengikutinya dalam masa yang terhad. Walaupun masa agak terhad, saya telah mempelajari banyak perkara baru serta pendedahan yang diberikan oleh Encik Amran sedikit sebanyak telah menarik minat saya terhadap muzik tradisional ini.

Kuliah pada minggu kedua ini telah mendedahkan saya kepada apa dia soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan struktur atau konsep muzik itu. Pendedahan kepada semua perkara ini telah membuka minda saya bahawa muzik itu amat menarik sekali sekiranya kita betul-betul menghayati alunan melodi yang dipersembahkan atau diperdengarkan. Pendedahan terhadap kepekaan dan fokus kepada bunyi di sekeliling semasa sesi pembelajaran amat menarik kerana dari situ kita boleh mengetahui apa bunyi yang kita dengari sama ada dari jarak dekat ataupun jauh serta peka atau tidak kita terhadap bunyi-bunyi tersebut. Semasa diperdengarkan bunyi dari rakaman yang ditunjuk oleh Encik Amran, di sini saya telah belajar bagaimana untuk fokus dan peka terhadap sesuatu bunyi itu.





Selain itu, saya juga telah mempelajari makna budaya muzik itu sama ada ia adalah dari keluarga, komuniti, daerah, negeri atau negara. Maka, dari sini kita boleh melihat genre-genre muzik tersebut yang mana kita boleh mengenalpasti sub-budaya muzik berkenaan melalui genre-genre muzik itu. Melalui kuliah ini juga, saya telah didedahkan kepada asal usul muzik berkenaan yang mana muzik ini telah wujud sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejarah asal usul muzik ini telah menarik minat saya untuk mengetahuinya dengan lebih lagi kerana pengaruh-pengaruh dari negara luar telah membuatkan muzik tersebut menarik.

Seterusnya, saya telah didedahkan kepada kategori alat muzik yang terdiri daripada kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Kordofon merupakan alat yang menggunakan tali seperti gitar, sitar, rebab dan sebagainya. Manakala membranofon pula adalah alat yang menggunakan kulit seperti kompang, rebana dan sebagainya. Bagi kategori aerofon pula adalah alat yang mempunyai lubang bagi menghasilkan bunyi seperti harmonika, serunai, seruling, rekoder dan sebagainya. Bagi kategori idiofon pula ialah alat yang menggunakan rangka badan bagi menghasilkan bunyi.

Pembelajaran yang terakhir yang dipelajari semasa sesi kuliah minggu kedua ialah struktur atau konsep muzik. Terdapat 6 perkara dalam struktur atau konsep muzik iaitu melodi, ritma atau meter, harmoni, bentuk atau form, notasi dan ekspresi atau tafsir. Perkara-perkara ini penting dalam menghasilkan sesuatu alunan muzik kerana ia akan menggambarkan sesuatu penyampaian yang ingin disampaikan kepada pendengar betapa harmoninya bunyi muzik berkenaan.

Sebagai kesimpulannya, apa yang telah saya pelajari semasa menjalani kuliah ini ialah saya telah mengaplikasikan cara-cara bagaimana untuk mengetahui apa alat yang digunakan serta mengkategorikan alat tersebut berada dalam kumpulan mana.

1 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on July 31, 2010 at 8:53 AM said...

tahniah...kerana dapat menghasilkan refleksi jurnal yang menarik dan panjang..hasil pembelajaran diharap dapat dikongsi bersama...

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP. B

BLOG PELAJAR KUMP. C

SMP2252 FARHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template